Sunday 15 April 2012

Apa itu Penyelidikan?


   Penyelidikan bermaksud mencari maklumat dengan lebih terperinci mengenai sesuatu perkara. Penyelidikan merangkumi penyiasatan yang menyeluruh tenteng sesuatu perkara dan menyiasat sesuatui perkara dengan lebih mendalam. Penyelidikan juga merupakan penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan mengikut proses-proses penyelidikan. Penyelidikan adalah sesuatu aktiviti ujikaji dalam menginterpretasikan fakta-fakta, teori-teori dan data-data yang diperoleh.

Kajian Deduktif atau Induktif ?

Kajian saya berbentuk induktif iaitu merangkumi kumpul, selidik dan kesimpulan. Langkah pertama yang saya lakukan dalam kajian ini adalah mengumpul semua data yang berkaitan terlebih dahulu. Setelah mengumpulkan data-data, barulah saya membuat penyelidikan terhadap kajian saya. Langkah terakhir adalah membuat kesimpulan terhadap penyelidikan yang telah dijalankan.

Penyataan Masalah


Kebanyakkan syarikat telah menyediakan kad keahlian untuk mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan dan kesetiaan pelanggan terhadap barangan yang ditawarkan, tetapi penyediaan kad keahlian bukan setakat hanya memberi potongan harga terhadap barangan yang ditawarkan tetapi mereka seharusnya menggunakan maklumat pelanggan yang sedia ada dengan sebaik-baiknya. Dengan data-data pelanggan yang mereka ada, mereka seharusnya sentiasa berhubung dengan pelanggan-pelanggannya melalui e-mel atau telefon selepas proses pembelian. 
Kebanyakkan pelanggan kad keahlian mengetahui promosi atau maklumat terbaru yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat melalui televisyen atau media cetak. Bukankah seharusnya pelanggan kad keahlian yang mengetahui terlebih dahulu promosi yang ditawarkan dari pelanggan biasa? Beberapa pelanggan kad keahlian memberitahu saya bahawa mereka tindak pernah menerima apa-apa pesanan ‘Terima Kasih’ atau maklumat promosi syarikat selepas melalui proses pembelian. 
Kajian ingin mengkaji faedah memiliki kad keahlian selain mendapat faedah dari segi kewangan (potongan harga).  Kajian ini ingin megkaji keberkesanan kad keahlian ini dapat membina hubungan baik dengan syarikat. Kajian dilakukan untuk mengukur tahap kepuasan pelanggan terhadap penggunaan kad keahlian. Seterusnya kajian ini juga mengenalpasti adakah pelanggan kad keahlian berkemungkinan untuk memperbaharui kad keahlian mereka setelah tamat tempoh dan adakah pelanggan akan setia dengan syarikat yang sama. Kajian juga cuba menggunakan  faktor geografi sebagai pengaruh utama penggunaan kad keahlian. Kajian juga turut mengkaji adakah pelanggan yang menggunakan kad keahlian adalah pelanggan yang setia? Dalam pengunanaan kad keahlian, kajian juga ingin mengkaji jenis-jenis syarikat yang menjadi kegemaran pelanggan untuk menggunakan kad keahlian.

Saturday 14 April 2012

Dimensi Kajian

(1) Explanatory ( Kaedah Penjelasan)
     Untuk mencapai matlamat kajian, saya menggunakan kaedah penjelasan (Explanatory). Hal ini demikian kerana tujuan saya membuat kajian ini adalah untuk menjawab semua persoalan seperti 'mengapa','apa' dan 'bagaimana'.
(2) Applied Research (Penyelidikan Gunaan Khas)
      Saya menggunakan kaedah ini untuk memperoleh maklumat kajian. Saya telah membuat survey keatas 100 orang responden dalam kalangan penduduk di Kuching. Saya juga telah mengaplikasikan teori-teori yang sedia ada ke dalam temuduga terhadap responden.
(3) Cross-Sectional Research
      Saya menggunakan 'Cross-Sectional Research' kerana kajian ini dibuat hanya dalam satu masa iaitu semua data yang diperoleh dan pemerhatian yang dibuat hanya mengambil masa kuarang dari sebulan.
(4) Quantitative Data (kuantitatif  Data)
      Saya telah menggunakan kuantitif data untuk memperoleh maklumat-maklumat kajian. Teknik survey telah dibuat keatas 100 orang responden (member card). Data-data yang diperoleh melalui soalan-soalan yang dikemukakan terhadap responden telah dikumpul untuk dianalisis.
  • ·         Sebanyak 100 orang responden dalam kalangan penduduk kuching yang memiliki kad keahlian. ( tiada had umur) 
  •       Sebanyak 100 sampel digunakan dalam kajian ini.
  •       ‘Questionnaire”
  •   40 sampel diedarkan - pelanggan kad keahlian syarikat pakaian (cth:Padini,Levi's) 
  •      30 sampel diedarkan - pelanggan kad keahlian syarikat petronas 
  •    30 sampel diedarkan – pelanggan kad keahlian syarikat kosmetik (Cth:Avon,Maybeline)

Proses Kajian

    Topik yang saya pilih ialah nilai seseorang pelanggan yang telah menjadi ahli sesebuah syarikat (member card). Di sini saya menekankan peranan pihak syarikat atau pengurusan dalam mengurus hubungan mereka dengan pelanggan mereka yang telah menjadi ahli (member card). Untuk mengetahui kepuasan pelanggan yang telah menjadi ahli (member card), saya telah membuat survey terhadap 100 orang responden dalam kalangan pelanggan di Kuching. Semua data yang diperoleh telah dikumpulakan, dianalisis dan interpretasi. Report kajian ini telah ditulis dan disiarkan melalui blog saya.

Tentang Diri Saya

   Saya Siti Noor Azizah Binti Siliman atau lebih dikenali dengan panggilan Azizah. Saya berasal dari Kuching,Sarawak dan beragama Islam. Saya merupakan anak ke-2 dari 6 orang adik beradik dan dilahirkan pada tanggal 29 Disember 1990 di Kuching,Sarawak. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Stapok,Kuching dan seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa,Kuching dalam aliran sains. Kemudian saya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang untuk mengambil sijil pelajaran tinggi (Tingkatan 6). Kini, saya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pemasaran (Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan) di UNIMAS dan merupakan pelajar tahun 2 semester 2.
   Saya telah memilih topik  ini sebagai kajian saya kerana untuk mengkaji royalti pengguna kad keahlian dan Loyalti pengguna terhadapnya dalam kalangan pelanggan di Kuching. Contohnya, apakah faedah yang mereka dapat dengan adanya kad keahlian selain diskaun terhadap barangan? Sejauh mana kepuasan mereka terhadap penggunaan kad keahlian.