Tuesday 8 May 2012

Kajian Etnografi Dalam Konteks Pemasaran



Etnografi Pemasaran

Definisi
Satu alat perisian yang membenarkan para penyelidik untuk belajar kelakuan manusia (pengguna) terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Syarikat-syarikat menggunakan kaedah ini  untuk mengetahui dan mempelajari budaya dan tingkah laku pelanggan mereka.

Kelebihan
  • Menggunakan kaedah kuantitatif atau kualitatif
  • Dilakukan dalam kehidupan sebenar
  • Berinteraksi dan berhadapan dengan sampel atau subjek
  • Menggunakan pelbagai sumber data kualitatif dan kuantitatif
  • Data lebih tepat
  • Pengumpulan data lebih induktif dan interaktif
 Cabaran
  •  Memakan masa- selalunya bulan atau tahun yang berpanjangan
  • Perlu memahami kepentingan responden
  • Untuk membesarkan skala- Peningkatan kos, komunikasi dan daya usaha
  • Fokus yang keterlaluan- boleh menyebabkan pengkaji terlepas pandang maklumat-maklumat lain yang tidak kurang pentingnya
 .

Sunday 6 May 2012

Perbezaan Teori dan Fakta


Teori
  • Menurut Kerlinger (1986), teori ialah satu set prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan sesuatu fenomena secara sistematis. 
  • Jary dan Jary (1995) melihat teori sebagai satu set hipotesis atau prinsip yang berkait secara logic atau berdasarkan penerangan matematik  yang menerangkan hakikat empirikal sesuatu fenomena. Manakala,
Fakta
  • Fakta membawa maksud kepada sesuatu informasi yang mempunyai kesahihan yang sah berdasarkan bukti-bukti yang jelas untuk menerangkan sesuatu keadaan atau benda tersebut